Friday, April 17, 2009

Bila hati ini berkata, "Bunuhlah jiwaku! biar aku mati kerana hidup!"

sudah 3 minggu berlalu, selepas aku bercuti ke Cameron Highland. cuba tenangkan diri di sana, dan berharap apabila turun ke daratan rata, segala ketenangan itu akan mengikuti ku. tapi sayang, ujian demi ujian tetap datang tanpa mampu aku larikan diri.

semalam ujian yg berat dtg juga. hingga aku tak mampu berfikir apa-apa. hanya terkaku dan membiarkan masalah itu menambah bilangan hari. sayangnya, diamku tidak difahami. emak bertindak tanpa menghirau perasaan kami. begitu juga semasa aku memberitahunya keputusanku bila dia menolak keras. aku hanya perlukan masa utk berdepan dgn manusia yg mengecewakan aku. tapi, sayang. jahat itu kembali padaku.

sejujurnya, hati aku dah mati. bila semua jari mereka menuding ke arahku. aku hanya mampu tunduk dan berdiam diri.

jahatnya aku..
busuknya aku..
derhakanya aku..
hinanya aku..

hanya kerana aku berdiam diri.

emak melarikan diri dr rumah. meninggalkan suami tanpa izin. meninggalkan anak-anak yg masih perlukannya.

dan aku.. separuh hatiku risau akan dia. separuh lagi meminta aku membiarkannya.

sejujurnya.. aku buntu..

No comments: