Showing posts with label Life. Show all posts
Showing posts with label Life. Show all posts

Sunday, October 31, 2010

P.S. I LOVE U!

sungguh!
aku belum jemu menonton movie ini.

mlm ini mahu tonton lagi!

pssstt: i love u, dear!

Saturday, April 10, 2010

depress

bila depresi itu mengelilingi kepala ku
aku hilang dari realiti..

Saturday, March 20, 2010

Salam kembali

last post 25.01.2010.. dah lama.
sawang perlu dibersihkan.
nak tergelak pun ada baca entry lama.
tapi..
itu kenangan aku.
dan aku perlukannya lebih dr segala..

Monday, January 25, 2010

dah lama tak jenguk blog ni. dah bersawang pun.

aku? tahun baru masih mcm tu. takde perubahan pun.

Friday, October 23, 2009

2 mlm yang lepas

2 mlm yg lepas sy menangis lagi. sy dpt kawan baru. CEO syarikat perkapalan dr Australia. sy penah ceritakan pd dia tentang arwah cinta hati sy. 2 mlm lepas jam 2 pagi dia hubungi sy. dia call, bukan sms ok. dia tanya betul ke cinta hati sy bernama Ahmad Roslan Yusof, berasal dr Pahang? sy katakan ya. klu betul mmg Roslan inilah cinta hati sy, dia mmg kenal orgnya. dia describe cinta hati sy. ya! semuanya hampir sama dgn gambaran cinta hati sy. sambil dia bercerita, air mata sy dah pun mengalir. bila dia kata mmg dpt berita 2 tahun lepas, roslan kemalangan, sy dah speechless.

Shah Irwan @ Daniel Stave bin Abdullah Staven,
terima kasih utk doa kamu supaya sy tabah dan boleh terima cinta lain. ya, sy pasti akan terima cinta lain yg ditakdirkan utk sy oleh Allah. terima kasih..

Saturday, October 17, 2009

Did you say it?

"i love you", did you say it?
"you change my life", did you say it?
"all i want is to be with you",did you say it?

just say it.. bcoz
everything will gone tomorrow..

p/s : he said, then he died..

Wednesday, October 14, 2009

Aku terus mencari dia dlm setiap lelaki

mungkin aku salah.
tapi tanpa sedar aku tetap cari dia dlm setiap lelaki

maafkan aku, wahai lelaki
aku sukar hilangkan dia dr hati

Wednesday, September 23, 2009

jom jatuh cinta!

bila nak kawen?
soalan boring. tapi, bohong la klu aku cakap aku tak kisah dgn umur yg makin meningkat, tapi masih sendiri. adik aku yg no 4 tu pun dah bersuara nak kawen tahun depan. ayoyoyoyo! kena betul2 jadi, aku kena standby jawapan utk setiap pertanyaan makcik2 masa majlis nanti.

aku ni plak jenis susah betul sekarang nak jatuh cinta. geli bila ada yg take care sgt. dulu selalu sgt jatuh cinta. susah la klu mcm ni. nak je aku amik anak angkat. tak payah kawen, bela je anak angkat. biarlah even takde waris sendiri, biar aku berbudi pada manusia2 malang tu.

tapi semua ni ujian utk aku. top up segala kesabaran aku utk lalui hidup ini. Allah tu Maha Adil. pasti ada sesuatu yg direncana utk aku. aku cuma perlu sabar. jgn terlalu ikutkan bisikan syaitan.

jom jatuh cinta!

Monday, September 21, 2009

sy sedang merindu

klu la sy superhero cupid. sy akan panah sesiapa yg sy suka. tapi sy bukan superhero. sy manusia biasa yg kena selalu tawakal pada Allah. sy akan terus merindu. pada Allah, pada rasul sy dan org kesayangan sy. sy rindu.. sy rindu.. sy rindu..

selamat hari raya aidil fitri!
maaf zahir dan batin..

Tuesday, September 15, 2009

otak makin kosong

firstly, Syukur Alhamdulillah. blog rasul penipu sudah dihapuskan oleh hackers : geng26 cybertrooper. semoga geng26 dilindungi Allah selalu. amin

2nd, rutin aku berubah keseluruhannya. aku hanya ada 5 jam utk tidor yg berkualiti. jam yg lain diisi dgn kerja tetap seawal 9-6ptg. kemudian 7-2pagi part time di kedai bapa saudara aku. semoga aku terus tabah. tiada lagi masa utk mencari cinta.

Saturday, September 5, 2009

Kenapa nih?

ayo!
perasan sejak 2 menjak ni aku sedikit anti lelaki la. bukan anti terus, tapi rimas. mcm ni punya perangai nak kawen? jgn harap la mak aku nak menantu jawabnya. malam tadi, si yon call. 1st aku angkat, tapi dibual ala kadar. dia duk cakap nak ajak aku keluar, aku plak cemus. tak teringin pun hati nak keluar. kali ke 2 call jam 12, aku tak angkat phone. memekak la phone tu berbunyi. last2, aku sorok bawah bantal, kurang bunyi sikit. boring!

Tuesday, August 25, 2009

aku ingin menulis

aku ingin sekali menulis.
tapi hatiku kosong.
mungkin idea juga ingin berpuasa
seiring bulan mulia ini...

salam ramadhan utk semua..
moga kalian sentiasa diberkati Allah

Tuesday, August 11, 2009

Tribute to..

aku bukanlah pencinta film malaysia. tak semua film keluaran malaysia yg boleh buat aku teruja untuk menonton nya.cuma, aku akan teruja tapi tak ke panggung utk pengarah2 seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dan Aflin Shauki. santai dan selamba.

talentime. aku baru je tgk 2 hari yg lepas. antara movie Yasmin yg berjaya buat hati aku tersentap. yg berjaya jugak buat aku menghayati sehingga ada air mata yg tumpah.

aku tak kenal Yasmin Ahmad. sungguh! tapi iklan arahan dia boleh buat aku berhenti depan tv. boleh buat aku tertunggu2 bila iklannya akan disiarkan. begitu, aku boleh katakan dia hebat.

sebelum ni aku hanya baca review mengenai arwah. tak penah terfikir untuk beri komentar. Dia dah kembali di sisi-Nya. giliran kita pula nanti. entah bila.. tapi, ucapan dr adik Allahyarham untuk anugerah pengarah terbaik, buat air mata aku tupah. sayu, pilu seolah aku faham eri kehilangan org yg dikasihi.ya! aku sgt2 memahami.

masih jelas dlm ingatan, petang itu panas. hujan tiba2 menyimbah bumi seolah2 takde lagi esok hari. di kaki langit, ade pelangi yg sgt cantik. handphone berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.

"akak, maafkan az, maafkan juga abg lan. abg lan dah tinggalkan kita jam 5.30pm tadi. abg lan accident"

seolah batu besar menghempap aku. hampir longlai lututku. bersama titisan hujan lebat menyimbah bunyi, air mata ini, dada yg tersedu, seolah aku tak boleh menangis lagi.. terus terhambur. selepas itu, aku jadi mayat hidup. senyuman terus hilang. kegembiraan terus direntap. siapa aku nak melawan kuasa-Nya.

R.I.P Yasmin Ahmad dan Ahmad Roslan.. al-fatihah

Monday, August 10, 2009

kembali berinternet siang dan malam

moga hidup sentiasa disinari game2 hebat di internet!
waaaachhhhhhaaaaaa~

Wednesday, July 29, 2009

blog ini blog sampah

dah lama aku perasan blog aku ini hanya sampah. hanya tempat aku berdong dang rindu. ke semua entri lepas hanya untuk seorang yg sudah 2 tahun dijemput Tuhan (kiraan tarikh ini). sudah beratus kali aku dgr nasihat supaya tabah. sudah berkali juga aku diingatkan si dia sudah tidak ada. ya! aku yakin itu. aku minta maaf kerana terlalu lama menoleh ke belakang. terlalu byk melangkah secara mengundur.

maafkan aku, diriku dan masa yg aku sia-siakan.

****

Wednesday, July 22, 2009

Hidup bukan sekadar utk hidup

bila agaknya aku hendak hidup di alam realiti. bangun pagi, kerja, pulang dr kerja, nonton tv, makan dan tidur. hidup yg masih samar2. menyintai dan dicintai seolah jauh dr hatiku. masih hidup dgn kenangan lama yg tak penah aku lepaskan.

dan jika selepas ini, cinta itu betul2 hadir, aku harap ia adalah yg terakhir utkku melangkah jauh dr mimpi2 lepas.

aku perlu masa..

** satu jam saja ku telah bisa cintai kamu dihatiku
namun bagiku melupakanmu perlu waktu seumur hidupku..

ia 3 bulan yg paling bahagia buat aku sebelum kamu dijemput Tuhan..

Monday, July 20, 2009

merenung dgn kaku

mlm tadi barry merenung ke suatu arah tanpa bergerak2. lebih dr 1 minit. dia hanya bergerak selepas aku menghalang pandangan tepat dia. dia bukan merenung ke arah aku.

aku ikut lihat apa yg renungkan. hanya almari baju aku. tiada apa yg menarik dgn almari. tak bergerak hanya kaku di situ. aku sempat kuis dia supaya bergerak, tapi barry tetap tegak merenung. pelik.. tapi itulah yg terjadi.

pada apapun yg direnungnya, ku harap 'ia' pergi jauh dr kawasanku.

mlm tadi rindu tetap hadir. aku melayan tanpa lelah. kenapa aku masih hidup dgn kenangan? kenapa aku terlalu takut utk berdua?

entah..

Friday, July 17, 2009

mencari empunya rindu yg bertandang

hidup ini sekejap2 aman.. sekejap2 resah. selagi rindu ini tidak diusir.. selagi jiwa ini mati bersamanya, rutin hidup akan selalu sama.

tapi..
aku perasan hati mula menyayangi
aku perasan senyum mula ikhlas
aku perasan hidup punya halatuju

sayangnya.. rindu tu tak penah hilang.
pada Lan ke rindu ini?
atau pada si dia?

oh..

si dia itu dulu hanya kenalan
si dia itu dulu hanya teman

tapi sekarang.. si dia mula jadi pendukung. mula jadi pendengar setia. mula jadi pembantu yg setia. mula berada di hati. tapi.. hubungan ini belum lagi sah.

kerana aku masih takut utk masuk ikut pintu itu..


Note : P.S. I Love U.. dah setahun berlalu, tak lagi rasa kehadiran dia. hati makin menjauh. mungkin dia dah betul2 pergi..

Wednesday, July 1, 2009

dia hidup dlm jiwa ku

member 1 : couple ngan sape sekarang?
aku : masih sendiri

member 2 : dah 26, tak puas lagi ang hidup sendiri?
aku : belum

member 2 : sampai bila wei, aku pun dah kawen ni
aku : dia belum mati dlm ni (kata aku sambil tepuk dada, dekat hati)

member 1 : dah hampir 2 tahun weh. cukup lah
aku : belum cukup. aku belum puas menyintai dia, merindui dia, menyayangi dia.. *senyum*

member1 & 2 : *sigh, geleng*

Monday, June 29, 2009

mungkin rasa aku mati dlm hidup

dan seminggu ke? atau 2 minggu? 3 minggu?
cepat betul aku lupakan peristiwa aku koyakkan hati seseorang. dia kecewa? sebelum aku tikam hatinya, dia kata dia bukan lah istimewa, bila2 boleh dpt teman. oh! mungkin sudah bahagia dgn teman baru.

my brother said, that i'm so defensive, so sensitive and EGO. yeah! may be betul. sbb aku tak kenal siapa diri aku. mohon sesiapa tolong kisahkan hidup defensive yg Farazila sedang harungi. aku suka berlari dlm angan. juga berlari dr realiti. takut dgn kasih syg. gerun dgn perhatian. seram dgn cinta.

tetapi, satu perkara yg perlu semua org tahu, cinta tak boleh dipaksa. bila kamu memaksa diri kamu utk menyayangi seseorang, kamu pasti ingin terjun lombong!