Monday, May 25, 2009

Hai, sy keluarga baru Auntie Fara!

nama sy Black. actually, Auntie Fara mmg pening nak letak nama sy. Pic sy pun Auntie Fara tak nak shoot lagi. sy sakit. umur sy baru dlm 3 minggu (ini Auntie Fara main agak je.. hehehehe). semalam Auntie Fara dtg Pet Shop sy nak beli cat food utk her hedgies, Auntie Fara mmg tak suka tgk akuarium hamster kat pet shop tu. kotor dan menyeksakan spesis sy. sy kotor, kena buli, dan luka di merata tempat. keadaan sy sgt2 teruk. kurus keding. tapi warna bulus sy adalah warna idaman Auntie Fara. dia tak kisah dia tetap ambil sy. dia tetap mahukan diskaun utk keadaan sy yg teruk. dia cakap dia nak jaga sy sampai sy comel seperti Barry dan Mingming. Auntie Fara kuarantinkan sy dlm sangkar carrier, ade wheel. sejak sy jejak kaki dlm cage ni, sy tak berhenti main wheel tersebut. Auntie Fara sapukan minyak gamat kat kaki sy. Auntie Fara belum mandikan sy sbb dia risau air paip akan membuat luka sy bertambah teruk. sy sgt happy. sy takkan dibuli dan dipandang hina lagi. nanti bila sy dah comel mcm Mingming, sy suruh Auntie Fara shoot gambar sy ya. Love u all.... muahhhh

_______________________________

aku juga sudah punya sepasang hedgehog albino colour. belum lagi diberi nama. seronok bila diusik, hedgehog ini akan mendengus dan jadi bola berduri. hehehehhee

Sunday, May 17, 2009

Rimas?

penah rimas kerana seseorang terlalu perhatian?
penah rimas kerana terlalu byk soalan?
penah rimas kerana sms bertubi-tubi?
penah rimas dgn perbualan telefon yg panjang dan topiknya berulang dan meleret?
penah rimas diulang soalan, sudah habiskah baca buku yg diberi?
penah rimas diganggu saat menonton tayangan kesukaan kamu?
penah rimas diganggu saat makan?
penah rimas diganggu saat bermain haiwan kesayangan?
penah rimas mendengar perkatan 'syg, honey, darling, dear'?
penah rimas dgn 'i miss u' dan 'i love u'?

itulah aku. aku manusia sukakan ruang utk diri sendiri.
maafkan aku jika aku selfish dan sinis.

Sunday, May 3, 2009

ade sape-sape mahu hadiahkan hoglet?

aku mahu hedgehog.. ada sape-sape mahu berikan?
aku janji akan jaga sebaiknya. huhuhuhuhuh

Wednesday, April 29, 2009

bersedia dlm apa jua keadaan

setelah dihamun, dimaki, dimarahi, dihalau.. mlm tadi sudah tahu ke mana mak pergi. alhamdulillah. tapi syg.. ayah dah membuat aduan di pejabat agama. hendak dinasihati, sudah berulang kali mak lang tanyakan. hendak memberi pendapat seorang anak.. aduh, masih terasa pedih pipi aku ditampar ayah masa aku cuba memberi pendapat di waktu kecil. akhirnya, aku trauma.

dan aku putuskan, bersedia la utk menerima apa jua keputusan dari ayah dan mak, walaupun usia mereka dah tua. pilihlah jalan mereka sebaiknya, kerana aku takkan membuang mana-mana pihak. segalanya akan menjadi baik... insya allah

Friday, April 17, 2009

Bila aku seburuk-buruk manusia...

bila aku dihempap batu sebesarnya,
pada siapa aku mahu disokongi..

bila kesedihan ku memuncak setinggi gunung,
pada siapa ingin ku pinjam bahunya utk menangis..

bila hatiku dilanyak semahunya manusia,
pada siapa perlu bantuan ku pinta..

saat perutku berbunyi kelaparan,
pada siapa harus ku mengemis sepinggan makanan..

dan saat aku seburuk, sekerdil, dan sehina seorang manusia,
hanya Yang Esa tempat ku berteduh..

Bila hati ini berkata, "Bunuhlah jiwaku! biar aku mati kerana hidup!"

sudah 3 minggu berlalu, selepas aku bercuti ke Cameron Highland. cuba tenangkan diri di sana, dan berharap apabila turun ke daratan rata, segala ketenangan itu akan mengikuti ku. tapi sayang, ujian demi ujian tetap datang tanpa mampu aku larikan diri.

semalam ujian yg berat dtg juga. hingga aku tak mampu berfikir apa-apa. hanya terkaku dan membiarkan masalah itu menambah bilangan hari. sayangnya, diamku tidak difahami. emak bertindak tanpa menghirau perasaan kami. begitu juga semasa aku memberitahunya keputusanku bila dia menolak keras. aku hanya perlukan masa utk berdepan dgn manusia yg mengecewakan aku. tapi, sayang. jahat itu kembali padaku.

sejujurnya, hati aku dah mati. bila semua jari mereka menuding ke arahku. aku hanya mampu tunduk dan berdiam diri.

jahatnya aku..
busuknya aku..
derhakanya aku..
hinanya aku..

hanya kerana aku berdiam diri.

emak melarikan diri dr rumah. meninggalkan suami tanpa izin. meninggalkan anak-anak yg masih perlukannya.

dan aku.. separuh hatiku risau akan dia. separuh lagi meminta aku membiarkannya.

sejujurnya.. aku buntu..