Sunday, August 30, 2009

Tuesday, August 25, 2009

aku ingin menulis

aku ingin sekali menulis.
tapi hatiku kosong.
mungkin idea juga ingin berpuasa
seiring bulan mulia ini...

salam ramadhan utk semua..
moga kalian sentiasa diberkati Allah

Tuesday, August 11, 2009

Tribute to..

aku bukanlah pencinta film malaysia. tak semua film keluaran malaysia yg boleh buat aku teruja untuk menonton nya.cuma, aku akan teruja tapi tak ke panggung utk pengarah2 seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dan Aflin Shauki. santai dan selamba.

talentime. aku baru je tgk 2 hari yg lepas. antara movie Yasmin yg berjaya buat hati aku tersentap. yg berjaya jugak buat aku menghayati sehingga ada air mata yg tumpah.

aku tak kenal Yasmin Ahmad. sungguh! tapi iklan arahan dia boleh buat aku berhenti depan tv. boleh buat aku tertunggu2 bila iklannya akan disiarkan. begitu, aku boleh katakan dia hebat.

sebelum ni aku hanya baca review mengenai arwah. tak penah terfikir untuk beri komentar. Dia dah kembali di sisi-Nya. giliran kita pula nanti. entah bila.. tapi, ucapan dr adik Allahyarham untuk anugerah pengarah terbaik, buat air mata aku tupah. sayu, pilu seolah aku faham eri kehilangan org yg dikasihi.ya! aku sgt2 memahami.

masih jelas dlm ingatan, petang itu panas. hujan tiba2 menyimbah bumi seolah2 takde lagi esok hari. di kaki langit, ade pelangi yg sgt cantik. handphone berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.

"akak, maafkan az, maafkan juga abg lan. abg lan dah tinggalkan kita jam 5.30pm tadi. abg lan accident"

seolah batu besar menghempap aku. hampir longlai lututku. bersama titisan hujan lebat menyimbah bunyi, air mata ini, dada yg tersedu, seolah aku tak boleh menangis lagi.. terus terhambur. selepas itu, aku jadi mayat hidup. senyuman terus hilang. kegembiraan terus direntap. siapa aku nak melawan kuasa-Nya.

R.I.P Yasmin Ahmad dan Ahmad Roslan.. al-fatihah

Monday, August 10, 2009

kembali berinternet siang dan malam

moga hidup sentiasa disinari game2 hebat di internet!
waaaachhhhhhaaaaaa~