Monday, June 29, 2009

mungkin rasa aku mati dlm hidup

dan seminggu ke? atau 2 minggu? 3 minggu?
cepat betul aku lupakan peristiwa aku koyakkan hati seseorang. dia kecewa? sebelum aku tikam hatinya, dia kata dia bukan lah istimewa, bila2 boleh dpt teman. oh! mungkin sudah bahagia dgn teman baru.

my brother said, that i'm so defensive, so sensitive and EGO. yeah! may be betul. sbb aku tak kenal siapa diri aku. mohon sesiapa tolong kisahkan hidup defensive yg Farazila sedang harungi. aku suka berlari dlm angan. juga berlari dr realiti. takut dgn kasih syg. gerun dgn perhatian. seram dgn cinta.

tetapi, satu perkara yg perlu semua org tahu, cinta tak boleh dipaksa. bila kamu memaksa diri kamu utk menyayangi seseorang, kamu pasti ingin terjun lombong!

Wednesday, June 24, 2009

Aku dan barry now happy

mlm tadi aku cucikan semua rumah banglo hammies. aku belek si barry. perasan sejak ade nya kiki, die menjadi gemuk. pipi dia dah berisi. comel! mama robo dan papa robo masih belum serasi dgn aku. mama robo masih takut2.

black? dia sgt gebu dan bulat sekarang. dulu 2 minggu lepas aku adopt dia dr kedai tak bertanggungjawab tu, aku betul2 putus asa. takde tanda2 dia akan cantik. tapi sekarang sgt comel dan bermata zoro. dia tak besar2 mcm kiki. walaupun black juga syrian hamster mcm barry dan kiki.

bila aku tgk barry seakan happy. aku juga happy. happy sbb kiki tak buat masalah bila 1st time aku bawa dia balik. malah 1st day saja dah nampak barry asyik ngendeng kat kiki. saat tu aku yakin sgt yg barry rindukan mingming. rest in piece mingming. aku takkan penah lupakan kau yg selalu menjenguk ketika aku baring menonton tv. ketika kau pegang erat tgn aku seolah cakap kat aku, 'mingming nak ukur bilik la mummy.' miss u so much.

R.I.P mingming

Friday, June 19, 2009

i wish i have...

cats

lop ear rabbit

Jgn sempitkan ruang itu

kata org, hidup perlu berdikari. berdiri atas kaki sendiri. cukup la utk berikan kekuatan hati bila kau kecewa dgn pasangan kau.. dgn teman2 kau.

kata org juga, jgn terlalu bergantung kepada pasangan. kelak kau akan merana dan terpaksa merangkak sorang2 kerna tak penah melakukan pekerjaan seorang diri.

keluar dr tempurung itu.
keluar dr kantung itu.

itu nasihat aku.

tapi..
sudi aku ingatkan, sikap terlalu berdikari juga akan menyusahkan kamu.

aku seorang yg sgt2 susah utk menukar penampilan seperti yg kamu mahukan. aku seorang yg sgt2 sukar utk mengikut telunjuk org. tapi aku tak maksudkan aku sukar dibimbing. aku akan jadi sgt2 mudah didekati jika kamu tahu cara ku. aku tak suka didesak. aku tak suka dgn kesombongan. aku tak suka org yg poyo dgn keagamaan. kononnya kamu paling alim disisiku. tapi bagi aku, kamu hanya mempergunakan agama sendiri.

Nota : aku jugak tidak sealim kamu. aku jahil segala.

kata org, kamu baik. aku akan rugi jika tak menerima kamu sbg suami. atas aturan ibu saudaraku, kita berkenalan. seawal lagi ibu bapa aku tidak menerima kehadiran kamu, hanya aku memberontak ibu bapa sendiri kerna aku tidak kenal kamu. cuba mempertahankan kamu. tapi sekarang, aku akui. penglihatan org tua lebih berpengalaman. ketidakselesaan ketika bersama kamu buat hati aku mati. dah seminggu aku berdiam diri. kamu pula, hanya ingin aku berubah menuruti kehendak kamu, walaupun sms mu langsung tak aku balas. pentingnya diri kamu tanpa hiraukan kemelut hati aku. tahu apa aku kata pada diriku? 'pergi mampus sama kau'.

aku punya keselesaan sendiri
aku punya hobi sendiri
aku punya siri tv kesukaan sendiri
aku punya segala kesukaan yg langsung aku tak suka diperlekeh oleh org lain

hidup perlu keseimbangan. jgn terlalu fokus pada agama sehingga kamu terlupa utk membaiki cara kamu bersahabat.

sebenarnya, sgt mudah utk mendekati aku. bila aku cakap aku perlukan masa, hanya biarkan aku sendiri. jgn call atau sms dlm masa tersebut. tapi sygnya, kamu beri aku sms berangkai yg bagi aku, memerli diri aku. adakah kamu rasa cara kamu akan buat aku lebih syg kamu? oppsss.. sebenarnya tiada sikit perasaan utk kamu. bukan cinta apatah lagi syg. semakin aku dpt sms tersebut, semakin aku rasa jelik dan rimas.

cukup! setakat ini saja.

Monday, May 25, 2009

Hai, sy keluarga baru Auntie Fara!

nama sy Black. actually, Auntie Fara mmg pening nak letak nama sy. Pic sy pun Auntie Fara tak nak shoot lagi. sy sakit. umur sy baru dlm 3 minggu (ini Auntie Fara main agak je.. hehehehe). semalam Auntie Fara dtg Pet Shop sy nak beli cat food utk her hedgies, Auntie Fara mmg tak suka tgk akuarium hamster kat pet shop tu. kotor dan menyeksakan spesis sy. sy kotor, kena buli, dan luka di merata tempat. keadaan sy sgt2 teruk. kurus keding. tapi warna bulus sy adalah warna idaman Auntie Fara. dia tak kisah dia tetap ambil sy. dia tetap mahukan diskaun utk keadaan sy yg teruk. dia cakap dia nak jaga sy sampai sy comel seperti Barry dan Mingming. Auntie Fara kuarantinkan sy dlm sangkar carrier, ade wheel. sejak sy jejak kaki dlm cage ni, sy tak berhenti main wheel tersebut. Auntie Fara sapukan minyak gamat kat kaki sy. Auntie Fara belum mandikan sy sbb dia risau air paip akan membuat luka sy bertambah teruk. sy sgt happy. sy takkan dibuli dan dipandang hina lagi. nanti bila sy dah comel mcm Mingming, sy suruh Auntie Fara shoot gambar sy ya. Love u all.... muahhhh

_______________________________

aku juga sudah punya sepasang hedgehog albino colour. belum lagi diberi nama. seronok bila diusik, hedgehog ini akan mendengus dan jadi bola berduri. hehehehhee

Sunday, May 17, 2009

Rimas?

penah rimas kerana seseorang terlalu perhatian?
penah rimas kerana terlalu byk soalan?
penah rimas kerana sms bertubi-tubi?
penah rimas dgn perbualan telefon yg panjang dan topiknya berulang dan meleret?
penah rimas diulang soalan, sudah habiskah baca buku yg diberi?
penah rimas diganggu saat menonton tayangan kesukaan kamu?
penah rimas diganggu saat makan?
penah rimas diganggu saat bermain haiwan kesayangan?
penah rimas mendengar perkatan 'syg, honey, darling, dear'?
penah rimas dgn 'i miss u' dan 'i love u'?

itulah aku. aku manusia sukakan ruang utk diri sendiri.
maafkan aku jika aku selfish dan sinis.

Sunday, May 3, 2009

ade sape-sape mahu hadiahkan hoglet?

aku mahu hedgehog.. ada sape-sape mahu berikan?
aku janji akan jaga sebaiknya. huhuhuhuhuh