Monday, September 21, 2009

sy sedang merindu

klu la sy superhero cupid. sy akan panah sesiapa yg sy suka. tapi sy bukan superhero. sy manusia biasa yg kena selalu tawakal pada Allah. sy akan terus merindu. pada Allah, pada rasul sy dan org kesayangan sy. sy rindu.. sy rindu.. sy rindu..

selamat hari raya aidil fitri!
maaf zahir dan batin..

Tuesday, September 15, 2009

otak makin kosong

firstly, Syukur Alhamdulillah. blog rasul penipu sudah dihapuskan oleh hackers : geng26 cybertrooper. semoga geng26 dilindungi Allah selalu. amin

2nd, rutin aku berubah keseluruhannya. aku hanya ada 5 jam utk tidor yg berkualiti. jam yg lain diisi dgn kerja tetap seawal 9-6ptg. kemudian 7-2pagi part time di kedai bapa saudara aku. semoga aku terus tabah. tiada lagi masa utk mencari cinta.

Saturday, September 5, 2009

Kenapa nih?

ayo!
perasan sejak 2 menjak ni aku sedikit anti lelaki la. bukan anti terus, tapi rimas. mcm ni punya perangai nak kawen? jgn harap la mak aku nak menantu jawabnya. malam tadi, si yon call. 1st aku angkat, tapi dibual ala kadar. dia duk cakap nak ajak aku keluar, aku plak cemus. tak teringin pun hati nak keluar. kali ke 2 call jam 12, aku tak angkat phone. memekak la phone tu berbunyi. last2, aku sorok bawah bantal, kurang bunyi sikit. boring!

Sunday, August 30, 2009

Tuesday, August 25, 2009

aku ingin menulis

aku ingin sekali menulis.
tapi hatiku kosong.
mungkin idea juga ingin berpuasa
seiring bulan mulia ini...

salam ramadhan utk semua..
moga kalian sentiasa diberkati Allah

Tuesday, August 11, 2009

Tribute to..

aku bukanlah pencinta film malaysia. tak semua film keluaran malaysia yg boleh buat aku teruja untuk menonton nya.cuma, aku akan teruja tapi tak ke panggung utk pengarah2 seperti Allahyarham Yasmin Ahmad dan Aflin Shauki. santai dan selamba.

talentime. aku baru je tgk 2 hari yg lepas. antara movie Yasmin yg berjaya buat hati aku tersentap. yg berjaya jugak buat aku menghayati sehingga ada air mata yg tumpah.

aku tak kenal Yasmin Ahmad. sungguh! tapi iklan arahan dia boleh buat aku berhenti depan tv. boleh buat aku tertunggu2 bila iklannya akan disiarkan. begitu, aku boleh katakan dia hebat.

sebelum ni aku hanya baca review mengenai arwah. tak penah terfikir untuk beri komentar. Dia dah kembali di sisi-Nya. giliran kita pula nanti. entah bila.. tapi, ucapan dr adik Allahyarham untuk anugerah pengarah terbaik, buat air mata aku tupah. sayu, pilu seolah aku faham eri kehilangan org yg dikasihi.ya! aku sgt2 memahami.

masih jelas dlm ingatan, petang itu panas. hujan tiba2 menyimbah bumi seolah2 takde lagi esok hari. di kaki langit, ade pelangi yg sgt cantik. handphone berbunyi tanda pesanan ringkas masuk.

"akak, maafkan az, maafkan juga abg lan. abg lan dah tinggalkan kita jam 5.30pm tadi. abg lan accident"

seolah batu besar menghempap aku. hampir longlai lututku. bersama titisan hujan lebat menyimbah bunyi, air mata ini, dada yg tersedu, seolah aku tak boleh menangis lagi.. terus terhambur. selepas itu, aku jadi mayat hidup. senyuman terus hilang. kegembiraan terus direntap. siapa aku nak melawan kuasa-Nya.

R.I.P Yasmin Ahmad dan Ahmad Roslan.. al-fatihah

Monday, August 10, 2009

kembali berinternet siang dan malam

moga hidup sentiasa disinari game2 hebat di internet!
waaaachhhhhhaaaaaa~